Mendengar muzik pada peranti USB

Sistem menyokong format fail audio yang berikut.

  • MP3: sambungan fail [.mp3]

  • WMA: sambungan fail [.wma]

  • AAC: sambungan fail [.m4a/.mp4/.3gp]

  • WAV: sambungan fail [.wav]

  1. Tekan FUNCTION/PAIRING berulang kali sehingga penunjuk USB pada sistem menyala.
  2. Sambung peranti USB ke port (USB).
  3. Tekan (main/jeda) untuk memulakan main balik.

Petua

  • Sebaik sahaja sistem dan peranti USB disambungkan, anda boleh mengawal main balik dengan menekan (main/jeda), dan (sebelumnya)/(seterusnya).

Nota

  • Sistem ini tidak boleh memainkan fail audio pada peranti USB dalam hal yang berikut;

    • apabila jumlah bilangan fail audio pada peranti USB melebihi 999.

    • apabila bilangan folder pada peranti USB melebihi 75 (termasuk folder “ROOT” dan folder kosong).

    Bilangan ini mungkin berbeza bergantung pada struktur fail dan folder. Jangan simpan fail atau folder jenis lain yang tidak perlu pada peranti USB yang mempunyai fail audio.

  • Sistem boleh main balik sehingga kedalaman 8 folder sahaja.

  • Folder yang tidak mempunyai fail audio dilangkau.

  • Ambil perhatian bahawa walaupun nama fail mempunyai sambungan fail yang betul, jika fail yang sebenar berbeza, sistem mungkin mengeluarkan hingar atau pincang tugas.