Apa anda boleh lakukan dengan “Sony | Music Center”

“Sony | Music Center” adalah aplikasi untuk mengawal peranti audio Sony yang serasi dengan “Sony | Music Center” menggunakan telefon pintar/iPhone anda.

Untuk butiran lanjut tentang “Sony | Music Center,” rujuk URL berikut:

https://www.sony.net/smcqa/

Operasi yang boleh dilaksanakan pada sistem dengan “Sony | Music Center”

  • Main balik fail muzik yang disimpan di dalam peranti, seperti telefon pintar, iPhone, peranti USB

  • Menala ke stesen FM, pratetap stesen, dan mendengar radio

  • Menukar tetapan bunyi

  • Menetapkan pilihan kuasa, seperti fungsi Tunggu Sedia dan mod tunggu sedia BLUETOOTH

  • Menetapkan mod pencahayaan

  • Menukar codec BLUETOOTH (kualiti main balik penstriman audio BLUETOOTH)

  • Menghidupkan/mematikan fungsi Panduan Suara

  • Mengelompokkan dengan sistem audio lain (fungsi Speaker Add/fungsi Party Chain Wayarles)

, dsb.

Petua

  • Apa yang boleh anda kawal menggunakan “Sony | Music Center” adalah berbeza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

  • Pastikan anda menggunakan aplikasi versi terbaharu.