Memilih kualiti main balik penstriman audio BLUETOOTH (Codec)
Sistem ini membolehkan anda melaksanakan tetapan main balik, bukan sahaja untuk SBC, tetapi juga AAC dan LDAC, supaya anda dapat menikmati bunyi yang berkualiti tinggi melalui sambungan BLUETOOTH.
-
Tekan dan tahan FUNCTION/
PAIRING dan + (kelantangan) selama lebih daripada 5 saat.
Apabila codec ditukarkan kepada [SBC], penunjuk Audio IN berkelip sebanyak satu kali.
Apabila codec ditukarkan kepada [Auto], penunjuk Audio IN berkelip sebanyak 3 kali.
-
Lancarkan “Sony | Music Center” dan ikut arahan pada skrin.
Anda boleh memiec audio daripada dua tetapan berikut menggunakan sistem atau “Sony | Music Center.” Semasa pembelian, tetapan ini ditetapkan kepada [AUTO].
-
[AUTO]: Sistem ini mengesan codec yang digunakan pada peranti sumber dan secara automatik memilih codec yang optimum daripada “SBC,” “AAC”* atau “LDAC.”*
-
[SBC]: “SBC” sentiasa digunakan tanpa mengira codec yang digunakan pada peranti sumber.
* Tersedia hanya apabila codec disokong oleh peranti BLUETOOTH anda.
-
Petua
-
LDAC ialah teknologi pengekodan audio yang dibangunkan oleh Sony yang membolehkan penghantaran kandungan Audio Resolusi Tinggi (Hi-Res), walaupun melalui sambungan BLUETOOTH. Tidak seperti BLUETOOTH lain yang serasi dengan teknologi pengekodan seperti SBC, ia beroperasi tanpa apa-apa penukaran kandungan Audio Resolusi Tinggi ke bawah*1, dan membenarkan lebih kurang tiga kali lebih data*2 berbanding dengan teknologi lain yang menghantar melalui rangkaian wayarles BLUETOOTH dengan kualiti bunyi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan cara pengekodan yang berkesan dan pempakejan yang optimum.
*1 Tidak termasuk kandungan format DSD.
*2 Berbanding dengan SBC (Codec Subjalur) apabila kadar bit 990 kbps (96/48 kHz) atau 909 kbps (88.2/44.1 kHz) dipilih.
Nota
-
Anda boleh menikmati kualiti bunyi yang lebih tinggi apabila peranti sumber serasi dengan AAC/LDAC dan fungsi ini ditetapkan kepada [AUTO]. Walau bagaimanapun, bunyi mungkin terganggu bergantung pada keadaan komunikasi BLUETOOTH. Jika ini berlaku, tetapkan fungsi kepada [SBC].

