Menyambungkan sistem ini dengan berbilang peranti BLUETOOTH (Sambungan berbilang peranti)
Sehingga 3 peranti BLUETOOTH boleh disambungkan kepada sistem pada masa yang sama. Apabila salah satu peranti mula memain balik semasa memain balik muzik pada peranti lain, sistem akan menukar output dan mula mengeluarkan bunyi dari peranti yang baru disambung.
-
Untuk memasang dengan peranti kedua atau ketiga, ulangi langkah
hingga
dalam Memasang dan menyambung dengan peranti BLUETOOTH.
Untuk menamatkan mana-mana peranti BLUETOOTH dari sambungan berbilang peranti
Tamatkan sambungan BLUETOOTH pada peranti BLUETOOTH yang anda mahu tamatkan sambungannya.
Untuk menamatkan semua peranti BLUETOOTH dari sambungan berbilang peranti
Tekan
(kuasa) untuk mematikan sistem.
Nota
-
Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Peranti BLUETOOTH mungkin tidak boleh disambungkan bergantung pada gabungan peranti. Untuk butiran lanjut, rujuk arahan pengendalian peranti.
-
Jika anda cuba untuk menyambungkan peranti BLUETOOTH yang ke-4, peranti main balik yang paling lama akan diputuskan.
-
Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin tidak dapat membuat tiga sambungan BLUETOOTH pada masa yang sama.
-
Anda tidak boleh mewujudkan sambungan berbilang peranti apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles, fungsi Speaker Add atau fungsi panggilan bebas tangan.

