Menamatkan sambungan BLUETOOTH (Selepas digunakan)

Apabila anda selesai memainkan muzik dengan peranti BLUETOOTH laksanakan salah satu daripada operasi berikut untuk menamatkan sambungan BLUETOOTH.

  • Matikan fungsi BLUETOOTH pada peranti BLUETOOTH. Untuk butir-butir, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti.

  • Matikan peranti BLUETOOTH.

  • Matikan sistem.

  • Sentuhkan peranti serasi NFC bahagian yang bertanda N pada sistem sekali lagi (jika peranti anda mempunyai fungsi NFC).

    • Apabila menggunakan fungsi Speaker Add atau fungsi Party Chain Wayarles, sentuhkan peranti serasi NFC pada sistem yang penunjuk (BLUETOOTH) nya menyala. Sistem yang penunjuk (BLUETOOTH) nya mati, tidak akan dapat ditamatkan sambungan BLUETOOTH.

Petua

  • Apabila menggunakan fungsi Speaker Add, jika anda mematikan satu sistem, sistem lain akan dimatikan secara automatik. Sambungan BLUETOOTH antara sistem ditamatkan.

  • Apabila anda selesai memainkan muzik, sambungan BLUETOOTH boleh ditamatkan secara automatik bergantung pada peranti BLUETOOTH.