Pemindahan mengakibatkan ralat.
-
Peranti USB tidak diformatkan dengan betul. Rujuk arahan pengendalian peranti USB tentang cara untuk memformat.
-
Matikan sistem, dan tanggalkan peranti USB. Jika peranti USB mempunyai suis kuasa, matikan dan hidupkan peranti USB semula selepas mengeluarkannya dari sistem. Kemudian, laksanakan pemindahan sekali lagi.
-
Jika operasi pemindahan dan pemadaman diulangi berbilang kali, struktur fail dalam peranti USB menjadi terserpih. Rujuk arahan pengendalian peranti USB tentang cara untuk menangani masalah ini.
-
Peranti USB telah diputuskan sambungannya atau kuasa telah dimatikan semasa pemindahan. Hapuskan fail yang separa dipindahkan, dan laksanakan pemindahan sekali lagi. Jika ini tidak menyelesaikan masalah, peranti USB mungkin rosak. Rujuk arahan pengendalian peranti USB tentang cara untuk menangani masalah ini.