Menyambungkan sistem ini dengan berbilang peranti BLUETOOTH (Sambungan berbilang peranti)

Sehingga 3 peranti BLUETOOTH boleh disambungkan kepada sistem pada masa yang sama. Anda boleh menukar output di antara peranti yang disambungkan.

  1. Untuk memasang dengan peranti kedua atau ketiga, ulangi langkah nombor 1 hingga nombor 3 dalam Memasang dan menyambung dengan peranti BLUETOOTH.

Untuk menukar sumber main balik

Semasa memainkan balik muzik pada peranti, jika anda memulakan main balik pada peranti lain yang disambungkan, sistem akan mengeluarkan suara daripada peranti main balik yang baru.

Untuk menamatkan mana-mana peranti BLUETOOTH dari sambungan berbilang peranti

Tamatkan sambungan BLUETOOTH pada peranti BLUETOOTH yang anda mahu tamatkan sambungannya.

Untuk menamatkan semua peranti BLUETOOTH dari sambungan berbilang peranti

Tekan BLUETOOTH/PAIRING pada sistem.

Nota

  • Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Peranti BLUETOOTH mungkin tidak boleh disambungkan bergantung pada gabungan peranti. Untuk butiran lanjut, rujuk arahan pengendalian peranti.

  • Jika anda cuba untuk menyambungkan peranti BLUETOOTH yang ke-4, peranti main balik yang paling lama akan diputuskan.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin tidak dapat membuat tiga sambungan BLUETOOTH pada masa yang sama.

  • Anda tidak boleh mewujudkan sambungan berbilang peranti apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles atau fungsi Stereo Pair.