Memilih medan bunyi
Anda boleh melaraskan kelantangan dengan memilih medan bunyi.
-
Tekan SOUND FIELD berulang kali untuk memilih medan bunyi yang anda mahu.
Untuk membatalkan medan bunyi
Tekan SOUND FIELD berulang kali untuk memilih [FLAT].
Untuk memilih medan bunyi FIESTA secara terus
Tekan FIESTA pada sistem. Tetapan ini akan menghasilkan semula kesan bunyi dewan parti.
Untuk memilih mod Bola Sepak Maya
Anda boleh mengalami perasaan berada di stadium apabila menonton siaran perlawanan bola sepak.
Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh memilih mod Bola Sepak Maya semasa fungsi AUDIO IN.
Tekan SOUND FIELD berulang kali semasa menonton siaran perlawanan bola sepak.
-
[ON NARRATION]: Anda dapat menikmati perasaan mengasyikkan berada di stadium bola sepak melalui sorakan stadium yang dipertingkatkan.
-
[OFF NARRATION]: Anda dapat menikmati perasaan yang lebih mengasyikkan berada di stadium bola sepak dengan meminimumkan aras kelantangan rawi di samping peningkatan sorakan.
Nota
-
Jika anda mendengar bunyi luar biasa dalam kandungan apabila [OFF NARRATION] dipilih, [ON NARRATION] disyorkan.
-
Ciri ini tidak menyokong bunyi mono.
Mencipta kesan bunyi anda sendiri
Anda boleh menaikkan atau menurunkan aras jalur frekuensi tertentu, kemudian menyimpan tetapan ini dalam ingatan sebagai [CUSTOM EQ].
-
Tekan OPTIONS.
Menu pilihan muncul pada paparan.
-
Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [CUSTOM EQ], kemudian tekan(masuk).
-
Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk melaraskan aras penyama, kemudian tekan(masuk).
-
Ulangi langkah 3 untuk melaraskan aras jalur frekuensi yang lain.
Untuk keluar dari menu pilihan, tekan OPTIONS.
Untuk memilih tetapan penyama tersuai
Tekan SOUND FIELD berulang kali untuk memilih [CUSTOM EQ].