Menikmati bunyi daripada gitar
Anda boleh mendengar bunyi daripada gitar (tidak dibekalkan) dengan menyambungkan gitar ke jek MIC/GUITAR pada sistem. Di samping itu, anda boleh menukar bunyi gitar dengan memilih kesan gitar.
-
Tekan MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem berulang kali untuk mengurangkan aras kelantangan gitar.
-
Gunakan kabel peralatan (tidak dibekalkan) untuk menyambungkan gitar ke jek MIC/GUITAR pada sistem.
-
Tekan GUITAR pada sistem berulang kali untuk memilih kesan gitar yang anda mahu gunakan.
-
[CLEAN]: Bunyi gitar original. Disyorkan untuk gitar elektrik atau gitar elektro-akustik.
-
[O ˎDRIVE]: Bunyi terherot yang serupa dengan penguat gitar terpacu lebih. Disyorkan untuk gitar elektrik.
-
[BASS]: Bunyi gitar original. Disyorkan untuk gitar bes.
-
-
Mula memainkan gitar dan melaraskan kelantangan gitar.
Bunyi gitar dikeluarkan dari sistem.
Untuk mematikan mod gitar
Tekan GUITAR pada sistem berulang kali untuk memilih [OFF].
Nota
-
Bunyi yang kuat mungkin terhasil apabila menggunakan gitar elektro-akustik dengan kesan [O ˎDRIVE]. Tekan MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem berulang kali untuk mengurangkan aras kelantangan gitar. Jika tidak, tukar kepada kesan gitar yang lain.
-
Sebelum menanggalkan sambungan gitar dari sistem, tekan MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem berulang kali untuk mengurangkan kelantangan gitar.