Pelbagai fungsi untuk karaoke
Anda boleh menggunakan pelbagai fungsi untuk menyanyi karaoke.
Pemudar Suara
Anda boleh mengurangkan bunyi vokal dalam sumber stereo.
Untuk mengaktifkan fungsi Pemudar Suara
Tekan VOCAL FADER berulang kali (atau tekan dan tahan VOICE CHANGER/ VOCAL FADER pada sistem) untuk memilih [ON V ˎFADER].
Untuk membatalkan fungsi Pemudar Suara
Tekan VOCAL FADER berulang kali untuk memilih [OFF].
Kawalan Nada
Anda boleh mengawal nada bagi lagu yang anda nyanyikan.
Untuk menukar nada lagu
Tekan KEY CONTROL(rata)/(tajam) untuk menyesuaikan dengan julat vokal anda.
Mod Markah
Anda hanya boleh menggunakan fungsi pemarkahan (Mod markah) apabila mikrofon disambungkan. Markah anda dikira dari skala 0 hingga 99 dengan membandingkan suara anda dengan sumber muzik.
Untuk mendapat markah bagi nyanyian anda
-
Mula memainkan muzik.
-
Tekan SCORE sebelum menyanyikan lagu.
-
Selepas menyanyi lebih daripada satu minit, tekan SCORE sekali lagi untuk melihat markah anda.
Penukar Suara
Anda boleh menukar suara anda apabila anda bercakap atau bernyanyi menggunakan mikrofon.
Untuk mengaktifkan fungsi Penukar Suara
Tekan VOICE CHANGER/VOCAL FADER berulang kali untuk menukar kesan suara anda.
Untuk membatalkan fungsi Penukar Suara
Tekan VOICE CHANGER/VOCAL FADER pada sistem berulang kali untuk memilih [OFF].
Gema Mikrofon
Anda boleh menambah kesan gema kepada suara anda apabila anda menyanyi menggunakan mikrofon.
Untuk menambah kesan gema
Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan kesan gema.