Memainkan cakera
Anda boleh memainkan cakera pada sistem dengan mengikut langkah berikut.
-
Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [CD].
-
Tekan PUSH OPEN/CLOSE pada sistem untuk membuka penutup cakera, letakkan cakera dengan label menghadap ke atas di tengah pemacu cakera, dan tekan ke bawah pada bahagian tengah cakera sehingga ia terletak kemas pada kedudukannya.
-
Tekan PUSH OPEN/CLOSE pada sistem untuk menutup penutup cakera.
Jangan menekan penutup cakera secara paksa untuk menutupnya kerana ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan.
-
Tekan (main) untuk memulakan main balik.
Pengendalian lain
Bergantung pada cakera atau fail, fungsi mungkin tidak berkesan.
Untuk | Lakukan ini |
---|---|
Menghentikan main balik | Tekan(henti). |
Menjeda main balik | Tekan(jeda). |
Menyambung semula main balik atau kembali kepada main balik normal | Tekan(main). |
Membatalkan titik sambung semula | Tekan(henti) dua kali. |
Memilih runut atau fail | Tekan(sebelumnya) atau(seterusnya) semasa main balik. |
Mencari titik dengan pantas dalam ke depan pantas atau undur pantas (Gelintar Kunci) | Tekan(undur pantas) atau(ke depan pantas) semasa main balik. Tekan(main) untuk sambung semula main balik. |