Menggunakan Kesan DJ

Anda boleh menambahkan Kesan DJ ke sumber muzik.

  1. Wujudkan sambungan BLUETOOTH antara sistem dan telefon pintar/iPhone anda.
  2. Lancarkan “Sony | Music Center” dan sentuh ikon “Fiestable”.
  3. Sentuh [DJ Control].

    Senarai Kesan DJ muncul di skrin aplikasi.

  4. Sentuh mana-mana Kesan DJ.

    Anda boleh mencipta Kesan DJ yang menyeronokkan dengan menggerakkan jari anda ke dalam kawasan yang digariskan.

Untuk mematikan Kesan DJ

Sentuh [DJ Off].