Menyanyi dan bertanding dalam Karaoke (Karaoke Ranking)
Anda hanya boleh menggunakan fungsi pemarkahan (Mod markah) apabila mikrofon disambungkan. Markah anda dikira dari skala 0 hingga 99 dengan membandingkan suara anda dengan sumber muzik.
-
Wujudkan sambungan BLUETOOTH antara sistem dan telefon pintar/iPhone anda.
-
Lancarkan “Sony | Music Center” dan sentuh ikon “Fiestable”.
-
Sentuh [Karaoke].
-
Sentuh [Scoring Start].
-
Mula memainkan muzik pada sistem dan menyanyikan lagu.
-
Sentuh [Mic Level], [Echo], [Key Control], atau [Vocal] pada skrin aplikasi dan laraskan gelangsar untuk mengubah tahap kelantangan mikrofon, intensiti gema, kelangsingan, atau tetapan vokal/bukan vokal sesuai dengan pilihan anda.
-
Selepas menyanyi lebih daripada satu minit, sentuh [Scoring Stop] untuk melihat markah anda.
Markah anda akan ditunjukkan di skrin aplikasi. Jika markah anda dalam kedudukan 10 teratas, aplikasi akan meminta anda memasukkan nama anda dan nama lagu anda. Anda boleh memasukkan hingga 16 aksara abjad angka untuk nama pemain dan hingga 24 abjad angka untuk nama lagu.
Kemudian, kedudukan anda akan dipaparkan.
Nama lagu boleh diekstrak secara automatik daripada sumbernya jika anda memainkan sumber daripada aplikasi telefon pintar.
Untuk set semula kedudukan
Sentuh ikon Ranking pada skrin aplikasi.
Senarai Ranking muncul. Sentuh ikon set semula untuk set semula senarai.
Nota
-
Jika markah anda adalah 0, ia tidak akan dimasukkan dalam kedudukan.
-
Karaoke Ranking tidak berfungsi dalam keadaan berikut:
-
Apabila mikrofon tidak menyambung dengan sistem.
-
-
Karaoke Ranking dimatikan secara automatik apabila:
-
Anda memutuskan sambungan mikrofon daripada sistem.
-
Anda menekan FUNCTION untuk menukar fungsi.
-