Mendengar muzik dari peranti melalui sambungan BLUETOOTH

Anda boleh mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH dan mengendalikannya dengan sistem melalui sambungan BLUETOOTH jika ia menyokong profil BLUETOOTH yang berikut.

A2DP (Advanced Audio Distribution Profile)

Membolehkan anda menikmati kandungan audio berkualiti tinggi secara tanpa wayar.

AVRCP (Audio Video Remote Control Profile)

Membolehkan anda melaraskan kelantangan dan mengoperasi untuk memainkan, menjeda atau melangkau ke permulaan runut seterusnya/yang sedang dimainkan.


Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Juga, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti BLUETOOTH.

Nota

  • Terlebih dahulu, pastikan kelantangan pada peranti BLUETOOTH dan sistem ditetapkan ke aras sederhana bagi mengelakkan bunyi kuat yang dikeluarkan secara tiba-tiba dari sistem.

    Bergantung pada peranti BLUETOOTH, kelantangan sistem tidak boleh dilaraskan pada peranti BLUETOOTH ketika main balik pada peranti dihentikan/dijeda.

  1. Sambungkan sistem dengan peranti BLUETOOTH.

    Nama peranti BLUETOOTH muncul pada paparan apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan.

    Sebaik sahaja sistem dan peranti BLUETOOTH disambungkan, anda boleh mengawal main balik dengan menekan (main), (jeda), (henti), (undur pantas), (ke depan pantas), (sebelumnya), dan(seterusnya).

  2. Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH.
  3. Laraskan kelantangan menggunakan tombol VOLUME/DJ CONTROL pada sistem atau operasikan peranti BLUETOOTH.

Nota

  • Jika keadaan komunikasi adalah lemah, peranti BLUETOOTH mungkin tidak bertindak balas dengan betul dengan operasi pada sistem.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin perlu melaraskan kelantangan atau menetapkan tetapan output audio pada peranti yang disambung.

  • Hingar atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada peranti BLUETOOTH yang disambungkan dengan sistem, persekitaran komunikasi atau persekitaran penggunaan.