Mendengar radio FM
Sebelum mendengar radio FM, anda perlu menyambungkan antena utama (aerial) FM (dibekalkan) ke terminal FM ANTENNA pada sistem dan talakan stesen FM yang ingin anda dengarkan.
-
Sambungkan antena utama (aerial) FM kepada terminal FM ANTENNA pada sistem.
Panjangkan antena (aerial) secara mendatar. Jauhkan antena (aerial) dari kord kuasa AC (bahagian utama) dan kabel USB untuk mengelak daripada dipengaruhi hingar.
-
Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [TUNER FM].
-
Tekan dan tahan TUNING -/+ sehingga frekuensi mula berubah pada paparan.
Pengimbasan berhenti secara automatik apabila sistem menala kepada satu stesen. [ST] (untuk program stereo FM sahaja) menyala pada paparan. Sekiranya pengimbasan tidak berhenti, tekan(henti) untuk menghentikan imbasan. Kemudian, lakukan penalaan manual (di bawah).
Untuk penalaan manual
Tekan TUNING -/+ berulang kali untuk menala ke stesen yang anda ingin dengar.
Petua
-
Untuk mengurangkan hingar statik pada stesen stereo FM yang lemah, tekan REPEAT/FM MODE berulang kali sehingga [ST] terpadam daripada paparan. Anda akan kehilangan kesan stereo, tetapi penerimaan akan bertambah baik.