Menikmati main balik muzik wayarles dengan berbilang sistem audio (fungsi Party Chain Wayarles)

Dengan menyambungkan berbilang peranti yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles, anda boleh menikmati suasana parti yang lebih bertenaga dengan muzik yang kuat.

Sistem pertama dalam rantaian yang diaktifkan menjadi Hos Parti dan berkongsi muzik dengan sistem lain (Tetamu Parti).

Peranti yang serasi:

Rujuk kepada https://www.sony.net/smcqa/.


Sebelum mengoperasikan sistem, pastikan bahawa semua sistem yang akan disambung berada dalam jarak 1 m dari peranti.

  1. Aktifkan fungsi BLUETOOTH pada semua sistem.

    Pengendalian berikut merupakan satu contoh mengaktifkan fungsi BLUETOOTH pada MHC-V13. Rujuk fungsi pengendalian yang dibekalkan bersama peranti yang anda gunakan untuk menetapkan peranti lain yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles.

    1. Tekan(kuasa) untuk menghidupkan sistem.

    2. Tekan FUNCTION berulang kali sehingga [BLUETOOTH] muncul pada paparan.

  2. Tetapkan sistem pertama sebagai Hos Parti.

    Pengendalian berikut adalah contoh untuk cara menetapkan MHC-V13 sebagai sistem pertama. Rujuk fungsi pengendalian yang dibekalkan bersama peranti yang anda gunakan untuk menetapkan peranti lain yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles.

    1. Pastikan bahawa [BT AUDIO] dipaparkan pada paparan.

      Jika tidak, lakukan langkah nombor 1.

    2. Sambungkan peranti BLUETOOTH ke sistem melalui sambungan BLUETOOTH.

      Untuk butiran lanjut, lihat Memasang dan menyambung dengan peranti BLUETOOTH.

      Sambungan BLUETOOTH diwujudkan apabila nama peranti BLUETOOTH muncul pada paparan.

    3. Tekan W. PARTY CHAIN pada sistem.

      [CHAINING] berkelip pada paparan.

      Sambungan ke peranti BLUETOOTH ditamatkan secara automatik sebaik sahaja sistem memasuki mod Persediaan Party Chain Wayarles.

  3. Sambungkan sistem kedua atau yang seterusnya sebagai Tetamu Parti.

    Pengendalian berikut adalah contoh menyambungkan MHC-V13 sebagai sistem kedua atau seterusnya. Rujuk fungsi pengendalian yang dibekalkan bersama peranti yang anda gunakan untuk menyambungkan peranti lain yang serasi dengan fungsi Party Chain Wayarles.

    1. Pastikan bahawa [BT AUDIO] dipaparkan pada paparan sistem kedua atau yang seterusnya.

      Jika tidak, lakukan langkah nombor 1.

    2. Tekan W. PARTY CHAIN pada sistem kedua atau yang seterusnya.

      Petua

      • Sambungkan sistem kedua dalam masa 1 minit. Selepas 1 minit atau lebih, tetapan sistem dibatalkan.

      [HOST] muncul pada paparan sistem pertama.

      [GUEST XX]* muncul pada paparan sistem kedua atau yang seterusnya.

      * XX menunjukkan nombor yang diberikan kepada peranti yang disambungkan sebagai Tetamu Parti.

    3. Untuk menyambung sistem tambahan, ulangi langkahnombor 3– 1 dan nombor 3– 2.

      Petua

      • Apabila menyambung sistem ketiga atau yang seterusnya, sambungkan setiap sistem tersebut dalam masa 30 saat selepas menyambung sistem yang sebelumnya. Selepas 30 saat atau lebih, sistem tidak akan dapat disambungkan.

      • Jika anda mahu menambah sistem lain selepas membuat sambungan (30 saat atau lebih), tekan dan tahan W. PARTY CHAIN pada sistem pertama, kemudian jalankan langkahnombor 3– 1 dan nombor 3– 2.

  4. Tunggu 30 saat selepas Tetamu Parti terakhir disambungkan.

    [P.CHAIN] berhenti berkelip pada paparan Hos Parti dan peranti BLUETOOTH menyambung semula ke Hos Parti.

  5. Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH.

    Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH yang disambung dan laraskan kelantangan.

    Semua sistem akan memainkan muzik yang sama.

    Apabila melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH atau Hos Parti, kelantangan Tetamu Parti dilaraskan secara automatik.* Untuk Tetamu Parti, anda juga boleh melaraskan kelantangan antara satu sama lain.

    * Bergantung pada peranti yang disambung, kelantangan mungkin tidak disegerakkan dengan kelantangan yang anda laraskan pada Hos Parti.

Penyegerakan tetapan dalam Party Chain Wayarles

Apabila Party Chain Wayarles telah diwujudkan, tetapan berikut pada Hos Parti dan Tetamu Parti ditukar:

  • Tetapan MEGA BASS pada Tetamu Parti disegerakkan dengan Hos Parti.

  • Tetapan Karaoke (Pemudar Vokal, Kawalan Nada dan Gema Mikrofon) pada Hos Parti dan Tetamu Parti dimatikan.

  • Tetapan Speaker Light pada Tetamu Parti disegerakkan dengan Hos Parti.

  • Kesan DJ pada kedua-dua Hos Parti dan Tetamu Parti dimatikan.

  • Tetapan medan bunyi kembali kepada lalai pada Hos Parti dan Tetamu Parti.

  • Apabila kelantangan pada Hos Parti dilaraskan, kelantangan pada Tetamu Parti disegerakkan dengan kelantangan Hos Parti. Namun, walaupun jika kelantangan pada Tetamu Parti dilaraskan, kelantangan pada Hos Parti tidak akan berubah.

  • Apabila Hos Parti dimatikan, semua Tetamu Parti juga dimatikan.

Petua

  • Anda juga boleh mengendalikan fungsi Party Chain Wayarles pada “Sony | Music Center”.

  • Apa yang boleh anda lakukan dengan fungsi Party Chain Wayarles bergantung pada sistem yang anda sambungkan.

  • Apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles, codec akan menukar secara automatik kepada SBC.

Nota

  • Apabila menonton filem menggunakan fungsi Party Chain Wayarles, mungkin akan terdapat kelewatan antara video dan audio.

  • Fungsi Party Chain Wayarles tersedia hanya apabila sistem berada dalam fungsi BLUETOOTH.

  • Apabila anda menggunakan fungsi Party Chain Wayarles dengan menyambung berbilang jenis sistem audio, pencahayaan mungkin tidak berkesan bergantung pada susunan sistem yang anda sambungkan. Dalam keadaan ini, tetapkan sistem yang pencahayaannya tidak berfungsi sebagai Hos Parti.

  • Semasa fungsi Party Chain Wayarles masih aktif, anda tidak boleh memilih sistem lain sebagai Hos Parti yang baharu.

  • Apabila anda menggunakan mikrofon atau memainkan gitar pada Hos Parti, bunyi tidak dikeluarkan dari Tetamu Parti.

  • Pemasa Tidur dan fungsi Tunggu Sedia Automatik tidak dapat dijalankan pada Tetamu Parti.