Apa anda boleh lakukan dengan “Sony | Music Center”

“Sony | Music Center” adalah aplikasi untuk mengawal peranti audio Sony yang serasi dengan “Sony | Music Center” menggunakan telefon pintar/iPhone anda.

Untuk butiran lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk URL berikut:

https://www.sony.net/smcqa/

Operasi yang boleh dilaksanakan pada sistem dengan “Sony | Music Center”

  • Menukar fungsi sistem

  • Menyemak imbas kandungan muzik pada cakera dan peranti USB

  • Melihat maklumat cakera, peranti USB , dan stesen FM

  • Melaraskan kelantangan

  • Mengawal main balik sumber dalam telefon pintar atau iPhone

  • Mengawal main balik pada cakera dan peranti USB

  • Menala ke stesen FM dan melakukan pratetapan stesen

  • Menukar tetapan bunyi, Kesan DJ dan MEGA BASS

  • Menetapkan Pemasa Tidur

  • Menetapkan mod pencahayaan

  • Menghidupkan/mematikan fungsi Panduan Suara

  • Mengelompokkan dengan sistem audio lain (fungsi Stereo Pair/fungsi Party Chain Wayarles)

, dsb.

Petua

  • Apa yang boleh anda kawal menggunakan “Sony | Music Center” adalah berbeza bergantung pada peranti yang disambungkan. Spesifikasi dan reka bentuk aplikasi boleh berubah tanpa notis.

  • Pastikan anda menggunakan aplikasi versi terbaharu.

Nota

  • Sekiranya “Sony | Music Center” tidak berfungsi dengan betul, tekan BLUETOOTH/PAIRING pada sistem, untuk menamatkan sambungan BLUETOOTH, kemudian lakukan sambungan BLUETOOTH sekali lagi supaya sambungan BLUETOOTH berfungsi secara normal.