Memadamkan fail atau folder audio pada peranti USB

Anda boleh memadamkan fail atau folder audio pada peranti USB yang bersambung dengan sistem.

  1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [USB].
  2. Tekan(sebelumnya) atau(seterusnya) berulang kali untuk memilih fail audio yang anda mahu padamkan.

    Nombor runut muncul pada paparan.

  3. Semasa main balik dihentikan, tekan OPTIONS.

    Menu pilihan muncul pada paparan.

  4. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [ERASE], kemudian tekan(masuk).
  5. Nama fail muncul pada paparan, kemudian tekan(masuk).

    [TRACK ERASE] dan [PUSH ENTER] muncul pada paparan.

    Untuk membatalkan operasi padam, tekan(henti).

  6. Tekan(masuk).

    [COMPLETE] muncul pada paparan.

    Jika tiada fail selepas dipadam, [NO MUSIC] muncul pada paparan.

    Untuk keluar dari menu pilihan, tekan OPTIONS.

Untuk memadam folder

  1. Tekan FUNCTION berulang kali untuk memilih [USB].

  2. Tekan(folder) -/+ berulang kali untuk memilih folder yang anda mahu padamkan.

    Nama folder muncul pada paparan.

  3. Semasa main balik dihentikan, tekan OPTIONS.

    Menu pilihan muncul pada paparan.

  4. Tekan(atas)/(bawah) berulang kali untuk memilih [ERASE], kemudian tekan(masuk).

  5. Nama folder muncul pada paparan, kemudian tekan(masuk).

    [FOLDER ERASE] dan [PUSH ENTER] muncul pada paparan.

    Untuk membatalkan operasi padam, tekan(henti).

  6. Tekan(masuk).

    [COMPLETE] muncul pada paparan.

    Jika tiada fail selepas dipadam, [NO MUSIC] muncul pada paparan.

    Untuk keluar dari menu pilihan, tekan OPTIONS.

Nota

  • Anda boleh memadam fail audio yang disokong, fail format MP4, dan fail format 3GP sahaja.

  • Anda tidak boleh memadam fail audio atau folder apabila Main Rawak dipilih. Tetapkan mod main kepada Main Normal sebelum memadam.

  • Jangan tanggalkan peranti USB semasa operasi padam.