Menggunakan mod main

Bergantung pada cakera atau fail, fungsi mungkin tidak berkesan.

Main dalam susunan berturutan atau susunan rawak (Main Normal/Main Rawak) (untuk AUDIO CD/DATA CD)

Semasa main balik dihentikan, tekan PLAY MODE berulang kali.

Penunjuk berikut menyala pada paparan.

  • (Tiada): Memainkan cakera.

  • [FLDR]*: Memainkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada cakera.

  • [SHUF]: Merawakkan semua fail yang boleh dimainkan pada cakera.

  • [FLDR SHUF]*: Merawakkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada cakera.

* Tidak boleh dipilih untuk AUDIO CD.

Nota

  • Main Rawak dibatalkan apabila anda:

    • membuka penutup cakera.

    • melakukan Pindah Segerak.

  • Main Rawak boleh dibatalkan apabila anda memilih folder atau runut untuk dimainkan balik.

Bermain berulang kali (Main Ulang) (untuk AUDIO CD/DATA CD)

Semasa main balik dihentikan, tekan REPEAT/FM MODE berulang kali.

Penunjuk berikut menyala pada paparan.

  • ikon ulang: Mengulangi semua fail runut atau fail audio pada folder/cakera.

  • gabungan ikon ulang dan ikon nombor 1 : Mengulangi fail runut atau fail audio.

Nota

  • Main Ulang dibatalkan apabila anda:

    • membuka penutup cakera.

    • melakukan Pindah Segerak.