Cakera atau fail yang boleh dimainkan pada cakera/peranti USB

Sistem menyokong format fail dan cakera yang berikut.

Cakera yang boleh dimainkan

  • AUDIO CD

  • CD-R/-RW dalam format AUDIO CD

  • CD-R/-RW/-ROM dalam format DATA CD*1 yang mempunyai fail MP3 (.mp3)*2*3 dan mematuhi Tahap 1/Tahap 2 ISO 9660*4 atau Joliet (format lanjutan).

Fail yang boleh dimainkan pada peranti USB

Fail MP3 (.mp3)*2*3, fail WMA (.wma)*3*5, fail AAC (.m4a/.mp4/.3gp)*3*6, fail WAV (.wav)*3

*1 DATA CD yang dicipta dalam format Tulis Paket atau yang belum dimuktamadkan dengan betul tidak boleh dimainkan balik.

*2 MP3 (MPEG 1 Audio Layer 3) adalah format standard yang ditakrifkan oleh ISO/MPEG untuk data audio termampat. Fail MP3 mestilah dalam format MPEG 1 Audio Layer 3. Fail audio MP3 PRO boleh dimainkan balik sebagai fail MP3.

*3 Fail dengan perlindungan hak cipta (Pengurusan Hak Digital) tidak boleh dimainkan balik oleh sistem.

*4 Format logik bagi fail dan folder pada CD-ROM, ditakrifkan oleh ISO (Organisasi Piawai Antarabangsa).

*5 Fail WMA dalam format WMA DRM, WMA Lossless, atau WMA PRO tidak dapat dimainkan balik.

*6 FailAAC dalam format AAC DRM dan AAC Lossless atau yang telah dikodkan pada 96 kHz tidak dapat dimainkan balik.

Nota

  • Sistem ini akan cuba memainkan balik apa-apa data dengan sambungan di atas, walaupun ia bukan dalam format yang disokong. Memainkan data ini boleh menjana bunyi kuat yang boleh merosakkan sistem pembesar suara anda.

  • Anda tidak boleh memainkan balik cakera/fail yang berikut:

    • Cakera yang tidak mempunyai bentuk standard (misalnya, hati, segi empat sama, bintang)

    • Cakera yang terlekat padanya pita pelekat, kertas, atau pelekat

    • Fail tersulit atau dilindungi dengan kata laluan.

Nota tentang CD-R/-RW

Dalam keadaan tertentu, CD-R/-RW tidak boleh dimainkan balik pada sistem ini disebabkan kualiti rakaman atau keadaan fizikal cakera tersebut, atau ciri-ciri peranti rakaman dan perisian pengarangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk arahan pengendalian peranti rakaman.

Nota tentang cakera

  • Produk ini direka bentuk untuk memainkan balik cakera yang mematuhi piawaian Cakera Padat (CD).

  • DualDisc dan sesetengah cakera muzik yang dikodkan dengan teknologi perlindungan hak cipta tidak mematuhi piawaian CD. Oleh itu, cakera ini mungkin tidak serasi dengan produk ini.

Nota tentang cakera berbilang sesi

Sistem ini boleh memainkan balik sesi berterusan pada cakera yang dirakam dengan format yang sama seperti sesi pertama. Walau bagaimanapun, main balik tidak dijamin.

Nota tentang fail yang boleh dimainkan

  • Main balik mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mula sekiranya:

    • peranti DATA CD/USB dirakam dengan struktur pepohon yang rumit.

    • fail audio dalam folder lain baru sahaja dimainkan balik.

    • banyak folder atau fail pada peranti USB.

  • Sistem ini boleh memainkan balik DATA CD atau peranti USB dalam keadaan yang berikut:

    • Sehingga kedalaman 8 folder

    • Sehingga 256 folder

    • Sehingga 999 fail dalam satu cakera

    • Sehingga 5,000 fail dalam peranti USB

    • Sehingga 999 fail dalam satu folder

    Bilangan ini mungkin berbeza bergantung pada konfigurasi fail atau folder.

  • Folder yang tidak mempunyai fail audio dilangkau.

  • Fail yang dipindahkan oleh peranti seperti komputer mungkin tidak boleh dimainkan balik mengikut urutan ia dipindahkan.

  • Tertib main balik mungkin tidak dipakai bergantung pada perisian yang digunakan untuk mencipta fail audio.

  • Keserasian dengan semua perisian pengekodan/penulisan bagi format yang disokong, peranti rakaman, dan media rakaman tidak dapat dijamin.

Nota tentang peranti USB

  • Sistem ini tidak dijamin untuk beroperasi dengan semua peranti USB.

  • Jangan menyambungkan sistem dengan peranti USB melalui hab USB.

  • Bagi sesetengah peranti USB yang disambungkan, sistem ini mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia dapat melaksanakan sesebuah operasi.

  • Tertib main balik untuk sistem mungkin berbeza daripada tertib main balik peranti USB yang tersambung.

  • Sebelum menggunakan peranti USB, pastikan peranti USB tidak mempunyai fail yang dijangkiti virus.