Menyanyi karaoke

Anda boleh menyanyi karaoke menggunakan fungsi Karaoke.

  1. Tekan MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem berulang kali untuk mengurangkan aras kelantangan mikrofon ke aras minimum.
  2. Tekan GUITAR pada sistem berulang kali untuk memilih [OFF].
  3. Sambungkan mikrofon (tidak dibekalkan) kepada jek MIC/GUITAR pada sistem.
  4. Mula mainkan muzik dan laraskan kelantangan mikrofon.

    Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan kesan gema.

  5. Mula menyanyi bersama-sama dengan muzik.

Nota

  • Sekiranya bunyi adalah terlalu kuat, sistem akan mengurangkan bunyi mikrofon secara automatik selama beberapa saat.

  • Sekiranya bunyi terlalu kuat ini berterusan, lakukan seperti berikut:

    • Alihkan mikrofon jauh dari sistem.

    • Tukar arah mikrofon.

    • Tekan MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem berulang kali.

    • Tekan MIC ECHO berulang kali untuk melaraskan aras gema.

  • Bunyi mikrofon tidak akan dipindahkan ke peranti USB semasa pemindahan USB.

  • Anda tidak boleh melaraskan aras kelantangan mikrofon menggunakan VOL (kelantangan) +/- (VOLUME/DJ CONTROL pada sistem). Tekan MIC/GUITAR LEVEL -/+ pada sistem berulang kali untuk melaraskan aras kelantangan mikrofon.

  • Apabila menggunakan fungsi Party Chain Wayarles atau fungsi Stereo Pair, bunyi dari mikrofon hanyalah output dari sistem yang menyambung dengan mikrofon.

  • Jika bunyi melalui mikrofon adalah sangat kuat, bunyi tersebut mungkin menjadi terherot. Tekan MIC/GUITAR LEVEL - pada sistem berulang kali untuk mengurangkan kelantangan mikrofon.