Menggunakan mod main
Bergantung pada jenis fail, fungsi mungkin tidak berkesan.
Main dalam susunan berturutan atau susunan rawak (Main Normal/Main Rawak) (untuk USB)
Semasa main balik dihentikan, tekan PLAY MODE berulang kali.
Penunjuk berikut menyala pada paparan.
-
(Tiada): Memainkan peranti USB.
-
[FLDR]: Memainkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada peranti USB.
-
[SHUF]: Merawakkan semua fail yang boleh dimainkan pada peranti USB.
-
[FLDR SHUF]: Merawakkan semua fail yang boleh dimainkan dalam folder yang ditetapkan pada peranti USB.
Nota
-
Main Rawak dibatalkan apabila anda melakukan Pindahan Disegerakkan.
-
Main Rawak boleh dibatalkan apabila anda memilih folder untuk dimainkan balik.
Bermain berulang kali (Main Ulang) (untuk USB)
Semasa main balik dihentikan, tekan REPEAT/FM MODE berulang kali.
Penunjuk berikut menyala pada paparan.
-
: Mengulangi semua fail audio pada folder/peranti USB.
-
: Mengulangi satu fail audio.
Nota
-
Main Ulang dibatalkan apabila anda melakukan Pindahan Disegerakkan.