Mendengar muzik daripada peranti melalui sambungan BLUETOOTH

Anda boleh menikmati pendengaran muzik daripada peranti BLUETOOTH dan mengendalikan peranti menggunakan pembesar suara melalui sambungan BLUETOOTH sekiranya peranti tersebut menyokong profil BLUETOOTH yang berikut.

A2DP (Advanced Audio Distribution Profile)

Membolehkan anda menikmati kandungan audio berkualiti tinggi secara wayarles.

AVRCP (Audio Video Remote Control Profile)

Membolehkan anda melaraskan kelantangan dan mengoperasi untuk memainkan, menjeda atau melangkau ke permulaan trek seterusnya/yang sedang dimainkan.

Operasi mungkin berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH. Juga, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama peranti BLUETOOTH.

Nota

  • Pastikan dahulu bahawa kelantangan peranti BLUETOOTH dan pembesar suara ditetapkan pada tahap yang sederhana untuk mengelakkan pembesar suara mengeluarkan apa-apa bunyi yang kuat secara tiba-tiba.

    Bergantung pada peranti BLUETOOTH, pelarasan kelantangan pembesar suara mungkin tidak dapat dilakukan pada peranti BLUETOOTH apabila main balik pada peranti diberhentikan/dijeda.

  1. Apabila kabel audio disambungkan ke jek AUDIO IN, cabut kabel tersebut.

    Apabila kabel audio disambungkan ke jek AUDIO IN, anda tidak dapat mendengar muzik daripada mana-mana peranti BLUETOOTH.

  2. Sambungkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH.

    Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH connected (BLUETOOTH disambungkan)) daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk(BLUETOOTH) berubah daripada berkelip kepada menyala.

  3. Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH.
  4. Laraskan kelantangan dengan menekan butang –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau kendalikan peranti BLUETOOTH.

    Apabila anda menekan butang –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH, penunjuk(kuasa) berkelip sekali atau 3 kali.

    Bergantung pada peranti BLUETOOTH yang anda gunakan, penunjuk(kuasa) pada pembesar suara mungkin tidak berkelip walaupun anda melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH.

    Tekan dan tahan butang –/+ (kelantangan) untuk pelarasan pantas.

    Semasa main balik, anda boleh menggunakan butang pada pembesar suara untuk melaksanakan operasi berikut.

    Menjeda

    Tekan butang(main)/(telefon) semasa main balik untuk menjeda. Tekan ia sekali lagi untuk membatalkan jeda.

    Melangkau ke permulaan trek yang seterusnya

    Tekan butang(main)/(telefon) dua kali dengan pantas semasa main balik.

    Melangkau ke permulaan trek yang sedang dimainkan atau trek sebelumnya*

    Tekan butang(main)/(telefon) 3 kali dengan pantas semasa main balik.

    * Operasi berbeza bergantung pada peranti BLUETOOTH yang digunakan.

Petua

  • Selagi pembesar suara disambungkan ke alur keluar AC menggunakan penyesuai AC (dibekalkan), bateri terbina dalam pembesar suara mampu mengecas sendiri walaupun main balik muzik daripada pembesar suara sedang dijalankan. Bergantung pada penggunaan pembesar suara, pengecasan mungkin akan mengambil masa yang lama. Apabila anda ingin menggunakan pembesar suara semasa mengecas bateri, turunkan kelantangan pembesar suara, atau matikan pembesar suara dan biarkan bateri mengecas sendiri sepenuhnya sebelum menggunakan pembesar suara.

  • Apabila anda menetapkan kelantangan pembesar suara pada tahap maksimum atau minimum, penunjuk(kuasa) berkelip 3 kali.

Nota

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih baharu. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.

  • Jika keadaan komunikasi lemah, peranti BLUETOOTH mungkin bertindak balas dengan salah terhadap operasi pada pembesar suara.

  • Apabila main balik muzik dijalankan pada peranti BLUETOOTH, jangan sambungkan peranti ke jek AUDIO IN. Menyambungkan peranti ke jek AUDIO IN secara automatik meletakkan pembesar suara kepada mod AUDIO IN dan anda tidak dapat mendengar muzik daripada mana-mana peranti BLUETOOTH.

  • Apabila pembesar suara mempunyai peranti yang disambungkan ke jek AUDIO IN, anda masih boleh mendengar muzik daripada peranti BLUETOOTH yang disambungkan melalui sambungan BLUETOOTH dengan memilih, sebagai contoh, [My Library] di “Sony | Music Center”.

  • Apabila menggunakan pembesar suara di tempat yang bersuhu tinggi, kelantangan mungkin berkurangan untuk melindungi bateri terbina dalam.

  • Apabila bateri terbina dalam hampir habis, kelantangan pembesar suara maksimum semakin berkurangan.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH, anda mungkin perlu melaraskan kelantangan atau menetapkan tetapan output audio pada peranti yang disambung.

  • Bunyi bising atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada peranti BLUETOOTH yang disambung ke pembesar suara, persekitaran komunikasi atau persekitaran penggunaan.