Menggunakan fungsi bantuan suara (aplikasi Google™)

Dengan menggunakan ciri aplikasi Google yang datang bersama telefon pintar Android, anda boleh bercakap terhadap mikrofon pembesar suara untuk mengendalikan telefon pintar Android.

Berikut merupakan penerangan tentang cara untuk menggunakan aplikasi Google.

  1. Pilih aplikasi Google untuk [Assist App] dalam [Assist & Voice input].

    Pada telefon pintar Android, pilih [Settings] - [Apps & notifications] - [Advanced] - [Default apps] - [Assist & Voice input] dan pilih aplikasi Google untuk [Assist App].

    Operasi di atas ialah contoh. Untuk butiran lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon pintar Android.

    Untuk butiran lanjut tentang aplikasi Google, rujuk arahan pengendalian atau laman web sokongan telefon pintar Android atau laman web Google Play (Play Store).

    Nota

    • Versi terkini aplikasi mungkin diperlukan.

    • Aplikasi Google mungkin tidak diaktifkan daripada pembesar suara bergantung pada spesifikasi telefon pintar Android tersebut.

  2. Sambungkan pembesar suara ke telefon pintar Android melalui sambungan BLUETOOTH.
  3. Apabila pembesar suara disambungkan dengan telefon pintar Android melalui sambungan BLUETOOTH dan telefon pintar Android berada dalam keadaan bersedia atau memainkan muzik, tekan dan tahan butang(main)/(telefon) untuk kira-kira 2 saat.

    Aplikasi Google diaktifkan dan anda akan mendengar bunyi permulaan.

  4. Buat permintaan terhadap aplikasi Google melalui mikrofon pembesar suara.

    Untuk butiran lanjut tentang aplikasi Google, seperti aplikasi mana yang berfungsi dengan aplikasi Google, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon pintar Android.

Nota

  • Aplikasi Google tidak boleh diaktifkan apabila anda mengatakan “OK Google” melalui mikrofon pembesar suara walaupun semasa tetapan [OK Google] dihidupkan pada telefon pintar Android.