Makluman tentang pengecasan

Jangka hayat bateri ion litium terbina dalam

  • Walaupun anda tidak bermaksud menggunakan pembesar suara untuk jangka masa yang lama, cas bateri dengan kapasiti penuh setiap 6 bulan untuk mengekalkan prestasinya.

  • Pengecasan bateri terbina dalam mungkin akan masa yang lebih panjang sekiranya pembesar suara tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

  • Bateri terbina dalam yang boleh dicas semula mempunyai jangka hayat. Dari semasa ke semasa dan bergantung pada kekerapan penggunaan bateri, kapasiti bateri terbina dalam yang boleh dicas semula akan mula menurun secara perlahan-lahan. Jika jumlah masa penggunaan bateri terbina dalam menjadi lebih pendek dengan sangat ketara, walaupun ia telah dicas sepenuhnya, hubungi pengedar Sony terdekat anda.

  • Apabila jumlah masa penggunaan bateri terbina dalam menjadi lebih pendek dengan sangat ketara, ia mungkin disebabkan kerana bateri terbina dalam yang boleh dicas semula tersebut telah luput.

  • Jangka hayat bateri terbina dalam yang boleh dicas semula berbeza bergantung pada penggunaan, persekitaran, dan cara penyimpanan.

Perhatian

Apabila pembesar suara mengesan keluarbiasaan seperti perkara yang berikut semasa mengecas bateri terbina dalam, penunjuk (kuasa) mula berkelip dua kali dalam warna jingga.

  • Suhu sekitar melebihi julat 5 °C – 35 °C.

  • Apabila pengecasan bateri terbina dalam berterusan untuk jangka masa yang lama.

Apabila keluarbiasaan bateri terbina dalam telah dikesan, berhenti mengecas dengan segera, tunggu sebentar, kemudian cas bateri terbina dalam sekali lagi. Jika masalah berterusan, hubungi pengedar Sony terdekat anda.

Nota

  • Masa pengecasan adalah berbeza bergantung pada keadaan penggunaan bateri terbina dalam.

  • Cas pembesar suara dengan suhu sekitar antara 5 °C hingga 35 °C. Harap maklum bahawa suhu bilik mungkin jatuh ke 5 °C atau lebih rendah bergantung pada musim, sebagai contoh, terutamanya pada musim sejuk.

  • Pembesar suara menjadi panas semasa dicas. Ini bukan kerosakan.

  • Elakkan terdedah kepada perubahan suhu yang mendadak, cahaya matahari terus, kabut, pasir, habuk, atau kejutan mekanikal. Juga, jangan meninggalkan pembesar suara di dalam kereta yang berada di bawah cahaya matahari.

  • Selagi pembesar suara disambungkan ke alur keluar AC dengan penyesuai AC yang dibekalkan, bateri terbina dalam pembesar suara mampu mengecas sendiri walaupun pembesar suara dihidupkan.

    Walau bagaimanapun, pengecasan mungkin mengambil masa yang lama untuk selesai, bergantung pada penggunaan pembesar suara. Sebaiknya, matikan pembesar suara terlebih dahulu sebelum mengecas bateri.

  • Anda boleh mengecas bateri terbina dalam pembesar suara dengan menyambungkan pembesar suara ke komputer yang dilengkapi dengan port pengecasan USB juga. Walau bagaimanapun, tidak semua komputer diuji dan didapati serasi dengan tatacara ini dan tatacara tersebut tidak boleh digunakan untuk komputer di rumah.

  • Dalam persekitaran yang terlalu panas atau sejuk, pengecasan akan berhenti atas sebab-sebab keselamatan. Pengecasan pembesar suara juga akan berhenti sekiranya pengecasan mengambil masa yang lama. Untuk menyelesaikan isu ini, cabut penyesuai AC daripada pembesar suara dan sambungkan semula dalam suhu operasi antara 5 °C hingga 35 °C.

  • Pada suhu tinggi, pengecasan mungkin berhenti atau kelantangan suara berkurang untuk melindungi bateri.

  • Pengecasan daripada hab USB hanya dijamin apabila anda menggunakan hab USB berkuasa kendiri yang mempunyai logo sah.

  • Apabila pembesar suara disambungkan dengan komputer yang tidak disambungkan ke alur keluar AC, pembesar suara menggunakan kuasa bateri komputer. Jangan biarkan komputer disambung dengan pembesar suara untuk jangka masa yang panjang untuk mengelakkan bateri komputer kehabisan kuasa.