Tukar dan nikmati pelbagai kesan bunyi

Anda boleh menukar dan menikmati pelbagai kesan bunyi yang terdapat pada pembesar suara.

Menikmati bunyi yang lebih dinamik (kesan MEGA BASS)

Anda boleh menggunakan salah satu tatacara yang berikut untuk persediaan.

Semasa pembelian, kesan bunyi MEGA BASS telah diaktifkan.

  • Pada “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XG300] - [Settings] - [Sound] - [Sound Effect] - [MEGA BASS].

  • Tekan butang MEGA BASS pada pembesar suara.

    Setiap kali anda menekan butang, kesan bunyi MEGA BASS akan diaktifkan atau dinyahaktifkan.

Nikmati perasaan berada di persembahan langsung (kesan LIVE SOUND)

Pada “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XG300] - [Settings] - [Sound] - [Sound Effect] - [LIVE SOUND].

Tetapkan tetapan pengimbang mengikut pilihan anda (CUSTOM)

  1. Pada “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XG300] - [Settings] - [Sound].

  2. Lakukan yang berikut.

    • Ketik [Sound Effect] - [CUSTOM].

    • Ketik [Custom EQ], dan kemudian sesuaikan tetapan pengimbang mengikut keselesaan anda.

Untuk menggunakan pembesar suara dengan penggunaan tenaga yang kurang bagi bateri boleh dicas semula (STAMINA)

Anda boleh menggunakan salah satu tatacara yang berikut untuk persediaan.

Semasa pembelian, pilihan kuasa STAMINA dinyahaktifkan.

  • Tekan dan tahan butang MEGA BASS/STAMINA pada pembesar suara untuk kira-kira 2 saat.

    Penunjuk STAMINA menyala dalam warna putih untuk menunjukkan bahawa pilihan kuasa STAMINA telah diaktifkan.

    Untuk menyahaktifkan pilihan kuasa STAMINA, tekan dan tahan butang MEGA BASS/STAMINA sekali lagi untuk kira-kira 2 saat.

  • Pada “Sony | Music Center”, ketik [SRS-XG300] - [Settings] - [Power Option], kemudian pilih [STAMINA].

Apabila pilihan kuasa STAMINA diaktifkan, fungsi pencahayaan dan kesan bunyi, termasuk MEGA BASS, dinyahaktifkan.