Tiada bunyi/Bunyi daripada sebelah pembesar suara sahaja/Paras bunyi rendah/Bunyi terherot/Bunyi berdengung atau bunyi hingar dalam output pembesar suara/Tiada suara atau suara yang perlahan daripada pemanggil

  • Pastikan bahawa pembesar suara dan peranti yang disambung telah dihidupkan.

  • Naikkan kelantangan pembesar suara dan peranti yang disambung.

  • Bergantung pada peranti BLUETOOTH yang disambung, penyelarasan kelantangan pada peranti BLUETOOTH mungkin tidak akan mengubah tahap kelantangan pembesar suara (iaitu penunjuk(kuasa) tidak berkelip).

    Apabila kelantangan pembesar suara berbunyi perlahan, laraskan tahap kelantangan peranti BLUETOOTH ke tahap yang sesuai, kemudian laraskan tahap kelantangan pembesar suara dengan butang -/+ (kelantangan) pada pembesar suara.

  • Pastikan bahawa peranti yang disambungkan berfungsi.

  • Untuk menggunakan aplikasi panggilan video di komputer, kendalikan komputer untuk mengubah profil BLUETOOTH ke HFP.

    Semasa panggilan video, kualiti bunyi mungkin merosot bergantung pada keadaan pautan komunikasi.

  • Pastikan kabel audio dicabut daripada jek AUDIO IN semasa main balik dalam mod BLUETOOTH.

  • Pastikan kabel audio disambungkan dengan kukuh ke jek AUDIO IN semasa main balik dalam mod AUDIO IN.

  • Jika anda menyambungkan komputer ke pembesar suara, pastikan tetapan output audio komputer ditetapkan untuk peranti BLUETOOTH.

  • Pastikan bahawa pembesar suara telah mewujudkan sambungan BLUETOOTH dengan peranti BLUETOOTH.

  • Pasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH sekali lagi.

  • Sebelum menyambungkan berbilang pembesar suara melalui sambungan BLUETOOTH untuk fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, kemas kini perisian prapasang ke versi terkini pada setiap pembesar suara.

  • Jika peranti yang disambungkan ke jek AUDIO IN adalah satu suara, bunyi hanya boleh dikeluarkan daripada komponen pembesar suara kiri (saluran kiri).

  • Jika peranti yang disambungkan mempunyai fungsi penyama, matikannya.

  • Jauhkan pembesar suara daripada ketuhar gelombang mikro, LAN wayarles, dsb.

  • Dekatkan peranti BLUETOOTH ke pembesar suara. Jika terdapat apa-apa halangan antara pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH, alihkan halangan daripada haluan.

  • Jika penunjuk CHARGE berkelip perlahan-lahan, matikan pembesar suara dan cas bateri terbina dalam dengan secukupnya.

  • Peranti dengan radio atau penala terbina dalam tidak boleh disambungkan ke pembesar suara melalui BLUETOOTH kerana hingar mungkin berlaku dalam siaran.

  • Jauhkan pembesar suara daripada TV, radio atau penala, dsb. kerana hingar mungkin berlaku semasa siaran.

  • Semasa menggunakan fungsi Pasangan Stereo, fungsi Party Connect, atau fungsi panggilan telefon, jika mana-mana peranti BLUETOOTH yang lain seperti tetikus BLUETOOTH atau papan kekunci BLUETOOTH disambungkan ke peranti BLUETOOTH, tamatkan sambungan antara peranti.

  • Terdapat sesetengah peranti BLUETOOTH yang boleh mengubah kualiti sambungan BLUETOOTH. Jika peranti anda serasi dengan fungsi ini, pilih “Keutamaan pada Sambungan Stabil (SBC)” untuk kualiti sambungan BLUETOOTH. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti.

  • Pilih “Keutamaan pada Sambungan Stabil (SBC)” untuk kualiti sambungan BLUETOOTH pembesar suara.

  • Pasangkan versi terkini “Sony | Music Center” pada peranti yang disambungkan. Jika anda tidak boleh menggunakan versi terkini “Sony | Music Center” atau anda tidak boleh menyambungkan pembesar suara dan peranti BLUETOOTH melalui sambungan BLUETOOTH, nyahpasangkan dan pasangkan “Sony | Music Center” semula.

  • Semasa menerima/membuat panggilan telefon, pastikan output peranti BLUETOOTH ditetapkan untuk pembesar suara.

  • Bergantung pada aplikasi yang digunakan pada peranti BLUETOOTH yang disambungkan, anda mungkin tidak akan mendengar bunyi. Dalam keadaan sedemikian, tutup aplikasi tersebut dan mulakan aplikasi semula. Tindakan ini boleh membantu untuk menyelesaikan isu tersebut.