Memilih kualiti main balik muzik melalui sambungan BLUETOOTH (Codec)

Pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” dan “Keutamaan pada Sambungan Stabil” tersedia pada pembesar suara untuk kualiti sambungan BLUETOOTH. Pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” bukan sahaja memberikan keserasian dengan SBC tetapi juga dengan AAC dan LDAC untuk main balik muzik dengan kualiti bunyi yang tinggi, manakala pilihan “Keutamaan pada Sambungan Stabil” membolehkan main balik muzik melalui sambungan BLUETOOTH yang lebih stabil. Semasa pembelian, pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” telah dipilih.

Codec yang Disokong

  • Keutamaan pada Kualiti Bunyi (tetapan lalai): Codec optimum dipilih secara automatik daripada AAC, LDAC dan SBC.

  • Keutamaan pada Sambungan Stabil: SBC telah dipilih.

  1. Hidupkan pembesar suara.

    Penunjuk (BLUETOOTH) berkelip* dalam warna biru.

    * Jika peranti BLUETOOTH yang telah disambungkan dengan pembesar suara sebelum ini terletak berdekatan, pembesar suara mungkin menyambung dengan peranti tersebut secara automatik. Dalam keadaan sedemikian, penunjuk (BLUETOOTH) pada pembesar suara menyala dalam warna biru.

  2. Tukar kualiti sambungan BLUETOOTH.

    Apabila menggunakan butang pembesar suara

    1. Tekan dan tahan butang (main)/(telefon) dan butang (BLUETOOTH) secara serentak selama kira-kira 2 saat.

      Apabila tetapan ditukar kepada pilihan “Keutamaan pada Sambungan Stabil”, penunjuk(kuasa) berkelip 3 kali dalam warna hijau.

      Apabila tetapan ditukar kepada pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi”, penunjuk(kuasa) berkelip dua kali dalam warna hijau.

      Apabila pembesar suara disambungkan dengan peranti BLUETOOTH, semua sambungan diputuskan secara automatik kemudian diwujudkan semula dan persediaan baharu akan dikenakan.

    Petua

    • Selagi pembesar suara disambungkan ke alur keluar AC menggunakan penyesuai AC yang dibekalkan, anda juga boleh menukar kualiti sambungan BLUETOOTH semasa pembesar suara dimatikan.

    Semasa menggunakan “Sony | Music Center”

    1. Pasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH, seperti telefon pintar.

      Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH connected (BLUETOOTH disambungkan)) daripada pembesar suara.

    2. Ketik [Music Center] pada telefon pintar anda, dan lain-lain untuk memulakan aplikasi.

      Music Center

    3. Ketik [SRS-XG300].

    4. Ketik [Settings] - [Sound] - [Bluetooth Connection Quality], kemudian pilih [Priority on Sound Quality] atau [Priority on Stable Connection].

    5. Putuskan sambungan dengan peranti BLUETOOTH, kemudian wujudkan sambungan sekali lagi.

      Pilihan menjadi berkesan.

Petua

  • Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, codec bertukar secara automatik kepada SBC.

Nota

  • Apabila pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” dipilih, bunyi bising atau gangguan bunyi mungkin berlaku bergantung pada tetapan peranti BLUETOOTH dan keadaan sekitar. Dalam keadaan sedemikian, tukar kualiti sambungan BLUETOOTH kepada pilihan “Keutamaan pada Sambungan Stabil”.