Fungsi Tunggu Sedia Automatik (penjimatan kuasa)

Dalam keadaan yang berikut, pembesar suara dimatikan secara automatik dalam masa 15 minit untuk menjimatkan kuasa bateri terbina dalam boleh cas semula.

Semasa pembelian, fungsi Tunggu Sedia Automatik ditetapkan kepada hidup.

Apabila pembesar suara dalam mod BLUETOOTH

  • Tiada operasi pada pembesar suara.

  • Fungsi bebas tangan telefon pintar atau telefon bimbit yang disambungkan ditetapkan kepada mati dan telefon pintar atau telefon bimbit tidak memainkan muzik (audio) atau dikendalikan. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon pintar atau telefon bimbit.

  • Peranti BLUETOOTH yang disambungkan tidak memainkan muzik (audio) atau dikendalikan.

Apabila pembesar suara dalam mod AUDIO IN

  • Tiada operasi pada pembesar suara.

  • Muzik (bunyi) tidak dimainkan pada peranti audio yang Menyambung dengan jek AUDIO IN muzik (bunyi) peranti audio yang bersambung dengan jek AUDIO IN adalah terlalu perlahan.

Petua

  • Anda boleh menghidupkan atau mematikan fungsi Tunggu Sedia Automatik dengan menggunakan “Sony | Music Center”.

Nota

  • Apabila pembesar suara disambungkan dengan telefon pintar Android atau iPhone melalui sambungan HFP (Hands-free Profile) BLUETOOTH, fungsi Tunggu Sedia Automatik dimatikan.

  • Apabila pembesar suara membekalkan kuasa kepada peranti lain, fungsi Tunggu Sedia Automatik dimatikan.

Menghidupkan/mematikan fungsi Tunggu Sedia Automatik

  1. Hidupkan pembesar suara.
  2. Tekan dan tahan butang(main)/(telefon) dan butang - (kelantangan) secara serentak selama kira-kira 5 saat.
    • Apabila fungsi Tunggu Sedia Automatik dimatikan, penunjuk(kuasa) berkelip 3 kali dalam warna jingga.

    • Apabila fungsi Tunggu Sedia Automatik dihidupkan, penunjuk(kuasa) berkelip dua kali dalam warna jingga.