Menggunakan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH (hidup automatik)

Apabila fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan, pembesar suara dihidupkan secara automatik apabila anda mengendalikan peranti BLUETOOTH, dan memulakan sambungan BLUETOOTH.

Sebelum menggunakan pembesar suara, sila ambil perhatian mengenai perkara berikut:

  • Fungsi tunggu sedia BLUETOOTH hanya diaktifkan semasa pembesar suara disambungkan ke alur keluar AC dengan penyesuai AC yang dibekalkan. Semasa pembesar suara hanya berfungsi menggunakan kuasa daripada bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, fungsi tunggu sedia BLUETOOTH dinyahaktifkan.

  • Pasangkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH terlebih dahulu. Jika maklumat berpasangan tidak disimpan dalam pembesar suara, seperti apabila pembesar suara digunakan buat kali pertama setelah dibeli, pembesar suara tidak akan memasuki mod tunggu sedia BLUETOOTH.

  1. Hidupkan pembesar suara.

    Penunjuk (kuasa) menyala dalam warna hijau.

  2. Ketik [Music Center] pada telefon pintar anda, dan lain-lain untuk memulakan aplikasi.

    Music Center

  3. Ketik [SRS-XG300].

  4. Ketik [Settings].

  5. Ketik [Power Option].
  6. Ketik kotak semak untuk [Bluetooth Standby] untuk memilih kotak semak.

    Kotak semak yang dipilih menunjukkan bahawa fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan.

  7. Kembali ke skrin utama untuk pembesar suara (skrin dalam langkah nombor 4).

    Perubahan pada tetapan dikenakan.

Untuk menyahaktifkan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH

Dalam langkahnombor 6di atas, ketik kotak semak untuk [Bluetooth Standby] untuk menyahpilih kotak semak. Kembali ke skrin utama untuk pembesar suara yang dipilih (skrin dalam langkahnombor 4) menyahaktifkan fungsi tunggu sedia BLUETOOTH.

Petua

  • Apabila fungsi tunggu sedia BLUETOOTH diaktifkan, penunjuk(kuasa) menyala dalam warna jingga semasa pembesar suara dimatikan. (Dengan syarat bahawa pembesar suara disambungkan ke alur keluar AC dengan penyesuai AC yang dibekalkan.)