Lesen

  • Produk ini mengandungi perisian yang Sony gunakan di bawah perjanjian pelesenan dengan pemilik hak cipta perisian. Kami mempunyai komitmen untuk menjelaskan kandungan perjanjian kepada pelanggan sebagai syarat oleh pemilik hak cipta perisian. Sila akses URL berikut dan baca kandungan lesen.

    https://rd1.sony.net/help/speaker/sl/22/

  • Perisian yang dimasukkan dalam produk ini mengandungi perisian berhak cipta yang dilesenkan di bawah GPL/LGPL dan lesen lain yang mungkin memerlukan akses kepada kod sumber. Anda boleh mendapatkan salinan kod sumber yang relevan seperti yang diperlukan di bawah GPL/LGPL (dan lesen lain) di URL berikut.

    Anda boleh mendapatkan kod sumber tersebut seperti yang diperlukan melalui GPL/LGPL di medium fizikal daripada kami untuk tempoh tiga tahun selepas penghantaran terakhir kami bagi produk ini dengan memohon melalui URL berikut.

    Tawaran ini sah untuk sesiapa yang menerima maklumat ini.

    https://oss.sony.net/Products/Linux/

    Sila ambil perhatian bahawa Sony tidak dapat menjawab atau memberikan balasan kepada sebarang pertanyaan berkenaan kandungan kod sumber ini.

  • Penggunaan lencana Dibuat untuk Apple bermakna bahawa suatu aksesori telah direka untuk menyambung khususnya dengan produk Apple yang dikenal pasti dalam lencana dan telah disijilkan oleh pembangun dengan memenuhi piawaian prestasi Apple. Apple tidak bertanggungjawab terhadap operasi peranti ini atau pematuhannya dengan piawaian dan kawal selia keselamatan.

    Sila maklum bahawa penggunaan aksesori ini dengan produk Apple boleh menjejaskan prestasi tanpa wayar.

Penafian mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga

  • Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga boleh ditukar, digantung atau ditamatkan tanpa notis terlebih dahulu. Sony tidak bertanggungjawab ke atas situasi seperti ini.