Output pembesar suara terganggu

Apabila pilihan “Keutamaan pada Kualiti Bunyi” dipilih untuk kualiti sambungan BLUETOOTH, penerimaan isyarat pada pembesar suara mungkin berubah-ubah bergantung pada gabungan persediaan pada peranti BLUETOOTH anda dan keadaan sekitar. Dalam keadaan sedemikian, perkara yang berikut mungkin dapat membantu menyelesaikan isu.

  • Alihkan pembesar suara daripada peranti seperti ketuhar gelombang mikro dan titik capaian LAN wayarles.

  • Terdapat sesetengah peranti BLUETOOTH yang boleh mengubah kualiti sambungan BLUETOOTH. Jika peranti anda serasi dengan fungsi ini, pilih “Keutamaan pada Sambungan Stabil (SBC)” untuk kualiti sambungan BLUETOOTH. Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti.

  • Pilih “Keutamaan pada Sambungan Stabil (SBC)” untuk kualiti sambungan BLUETOOTH pembesar suara.