Tidak dapat menggandingkan pembesar suara dengan peranti BLUETOOTH

  • Letak pembesar suara dan peranti BLUETOOTH dalam jarak 1 m dari satu sama lain.

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih baharu. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.

  • Untuk menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, gandingkan dengan pembesar suara yang mempunyai penunjuk (BLUETOOTH) yang berkelip dalam warna biru.

  • Jika penunjuk(BLUETOOTH) tidak berkelip dua kali dalam warna biru, tekan butang(BLUETOOTH). Anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH pairing (Perpasangan BLUETOOTH)) dan penunjuk(BLUETOOTH) mula berkelip dua kali (mod berpasangan).

  • Sebaik sahaja pembesar suara dimulakan, iPhone mungkin tidak dapat menyambung ke pembesar suara. Dalam keadaan ini, padamkan maklumat penggandingan pada iPhone, kemudian gandingkan semula peranti.

  • Pastikan bahawa peranti BLUETOOTH dihidupkan dan fungsi BLUETOOTH diaktifkan pada peranti.

  • Jika pembesar suara tidak dipaparkan pada peranti BLUETOOTH, matikan peranti, kemudian hidupkan peranti semula. Ini mungkin dapat menyelesaikan isu yang dihadapi.