Menikmati main balik secara wayarles menggunakan beberapa pembesar suara (fungsi Party Connect)

Anda boleh menyambungkan berbilang pembesar suara (sehingga 100 pembesar suara) yang serasi dengan fungsi Party Connect melalui sambungan BLUETOOTH dan menikmati main balik muzik.

Peranti yang serasi dengan fungsi Rantaian Parti Wayarles tidak boleh digunakan untuk sambungan.

Peranti* serasi dengan fungsi Party Connect:

LSPX-S3, SRS-XP700, SRS-XP500, SRS-XG500, SRS-XG300, SRS-XB43, SRS-XB33, SRS-XB23, SRS-XE300, SRS-XE200

* Bergantung pada negara atau wilayah anda, sesetengah peranti yang serasi tidak tersedia untuk pembelian.


Sebelum mengoperasikan pembesar suara, pastikan perkara berikut:

  • Kemas kini perisian prapasang kepada versi terkini pada setiap pembesar suara untuk menyambung bagi fungsi tersebut.

    (Untuk butiran mengenai prosedur kemas kini, lihat Mengemas kini perisian prapasang.)

  • Pastikan semua pembesar suara yang akan disambungkan untuk fungsi tersebut terletak dalam jarak 1 m.

  • Hentikan main balik muzik jika ia sedang dimainkan.

  1. Gunakan “Sony | Music Center” untuk menyediakan pembesar suara bagi fungsi Party Connect.

    Untuk butiran lanjut tentang “Sony | Music Center”, rujuk URL berikut:

    https://www.sony.net/smcqa/

  2. Mulakan main balik pada peranti BLUETOOTH, dan laraskan kelantangan ke tahap sederhana.

    Semua pembesar suara akan memainkan muzik yang sama.

    Semasa melaraskan kelantangan pada peranti BLUETOOTH atau pembesar suara yang disambungkan dengan peranti (pembesar suara yang disediakan sebagai pembesar suara pertama), kelantangan semua pembesar suara dilaraskan secara automatik. Untuk pembesar suara lain (pembesar suara kedua atau yang seterusnya yang ditetapkan), anda juga boleh melaraskan kelantangan antara satu sama lain.

Untuk mengubah peranti BLUETOOTH atau pembesar suara yang disambungkan atau untuk menamatkan fungsi Party Connect

Hentikan main balik muzik terlebih dahulu.

Petua

  • Mod pencahayaan pembesar suara berbeza-beza bergantung pada jenis pembesar suara yang ditetapkan sebagai pembesar suara pertama.

  • Apabila menggunakan fungsi Party Connect, codec bertukar secara automatik kepada SBC.

Nota

  • Apabila fungsi Party Connect sedang digunakan, pembesar suara tidak mampu mengeluarkan muzik yang dimainkan pada peranti yang disambungkan ke jek AUDIO IN menggunakan kabel audio.

  • Apabila pembesar suara dalam mod AUDIO IN, anda boleh menyediakan pembesar suara untuk fungsi Party Connect dengan “Sony | Music Center” juga. Selepas persediaan selesai, walau bagaimanapun, pembesar suara akan memasuki mod BLUETOOTH secara automatik.

  • Menyambungkan peranti audio mudah alih atau peranti yang serupa ke jek AUDIO IN secara automatik meletakkan pembesar suara kepada mod AUDIO IN dan menyahaktifkan fungsi Party Connect.

  • Apabila menonton filem menggunakan fungsi Party Connect, mungkin akan terdapat perbezaan antara video dan audio.