Menghidupkan kuasa

  1. Tekan butang(kuasa).

    Penunjuk(kuasa) menyala dalam warna hijau dan penunjuk(BLUETOOTH) berkelip perlahan-lahan dalam warna biru.

    Apabila pembesar suara tidak mempunyai maklumat berpasangan, contohnya apabila anda menggunakan fungsi BLUETOOTH untuk kali pertama selepas pembelian, penunjuk(BLUETOOTH) akan sentiasa berkelip dua kali dalam warna biru.

Nota

  • Apabila panduan suara menyatakan “Low Battery, Please Recharge Speaker” (Bateri Rendah, Sila Cas semula Pembesar suara) dan penunjuk CHARGE berkelip perlahan-lahan, bateri terbina dalam hampir habis dan perlu dicas. Dalam keadaan ini, pembesar suara tidak dapat membekalkan kuasa kepada peranti lain.

  • Apabila baki bateri berkurangan ke tahap pembesar suara tidak boleh dihidupkan, anda akan mendengar panduan suara (Please Recharge Speaker. Power Off. (Sila Cas semula Pembesar suara. Kuasa Dimatikan.)) dan pembesar suara dimatikan secara automatik. Dalam keadaan sedemikian, cas pembesar suara.

  • Jika penunjuk CHARGE berkelip dalam warna jingga 3 kali dan hilang apabila anda menghidupkan pembesar suara, bateri terbina dalam sudah kosong dan perlu dicas.