Membuat panggilan

Anda boleh menikmati panggilan bebas tangan dengan telefon pintar atau telefon bimbit yang menyokong profil BLUETOOTH HFP (Hands-free Profile) melalui sambungan BLUETOOTH.

  • Jika telefon pintar atau telefon bimbit anda menyokong kedua-dua HFP dan HSP, tetapkannya untuk menggunakan HFP.

  • Operasi mungkin berbeza bergantung pada telefon pintar atau telefon bimbit. Rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon pintar atau telefon bimbit.

  1. Sambungkan pembesar suara dengan telefon pintar atau telefon bimbit.

    Apabila sambungan BLUETOOTH diwujudkan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH connected (BLUETOOTH disambungkan)) daripada pembesar suara dan aktiviti penunjuk(BLUETOOTH) berubah daripada berkelip kepada menyala.

    Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect

    Sambungkan ke peranti yang mempunyai penunjuk(BLUETOOTH) yang berkelip dalam warna biru. Dalam langkah-langkah yang berikut dan operasi semasa panggilan bebas tangan, kendalikan pembesar suara yang disambungkan ke telefon pintar atau telefon bimbit.

  2. Kendalikan telefon pintar atau telefon bimbit untuk membuat panggilan.

    Apabila anda membuat panggilan, main balik dijeda dan nada dail akan didengar melalui pembesar suara.

    Apabila penerima menjawab panggilan, bercakap dengan mikrofon () pembesar suara.

    Jika tiada nada dial didengar melalui pembesar suara

    • Pembesar suara mungkin tidak dapat disambungkan dengan telefon pintar atau telefon bimbit dengan HFP. Semak status sambungan pada telefon pintar atau telefon bimbit.

    • Tukar peranti panggilan kepada pembesar suara dengan menekan dan menahan butang(main)/(telefon) untuk kira-kira 2 saat.

  3. Apabila telefon berdering atau perbualan telefon sedang dijalankan, laraskan kelantangan dengan menekan butang –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau mengendalikan telefon pintar atau telefon bimbit.

    Apabila anda menekan butang –/+ (kelantangan) pada pembesar suara atau melaraskan kelantangan pada telefon pintar atau telefon bimbit, penunjuk(kuasa) berkelip sekali atau 3 kali.

  4. Untuk menamatkan panggilan, tekan butang(main)/(telefon).

    Jika anda mendengar muzik sebelum panggilan, main balik akan disambung semula apabila panggilan tamat. Jika anda menamatkan panggilan dengan mengendalikan telefon pintar atau telefon bimbit, main balik juga akan disambung semula apabila panggilan tamat jika anda sedang mendengar muzik sebelum panggilan.

Petua

  • Jika pemanggil tidak dapat mendengar atau sukar mendengar suara ada, dekatkan diri anda dengan pembesar suara dan kemudian bercakap terhadap mikrofonnya.

  • Kelantangan main balik muzik dan panggilan ditetapkan secara berbeza dalam pembesar suara.

Nota

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih baharu. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.

  • Semasa menggunakan fungsi Pasangan Stereo atau fungsi Party Connect, bunyi panggilan telefon hanya dikeluarkan daripada pembesar suara dengan penunjuk(BLUETOOTH) yang menyala dalam warna biru.

  • Bergantung pada telefon pintar atau telefon bimbit, main balik mungkin tidak dijeda apabila membuat panggilan.

  • Gunakan telefon pintar atau telefon bimbit sekurang-kurangnya 50 cm jauh daripada pembesar suara. Hingar mungkin berlaku jika pembesar suara dan telefon pintar atau telefon bimbit terlalu dekat.

  • Jika kabel audio disambungkan ke jek AUDIO IN pembesar suara, anda tidak boleh mendengar muzik peranti BLUETOOTH. Walau bagaimanapun, apabila sambungan BLUETOOTH adalah aktif, fungsi bebas tangan tersedia.