Mengecas pembesar suara

Pembesar suara mampu berfungsi dengan kuasa daripada alur keluar AC yang disambungkan dengan penyesuai AC yang dibekalkan atau daripada bateri litium ion terbina dalam yang boleh dicas semula.

Apabila menggunakan pembesar suara buat kali pertama, pastikan anda mengecas bateri terbina dalam selama lebih dari 1 jam sebelum menghidupkan pembesar suara.

Dengan mengecas bateri terbina dalam lebih awal, anda boleh mengoperasikan pembesar suara dengan hanya menggunakan kuasa bateri.

Petua

  • Untuk mengecas bateri terbina dalam pembesar suara, pilihan mod Penjagaan Bateri tersedia selain kaedah pengecasan yang biasa. Mod Penjagaan Bateri mengehadkan kapasiti pengecasan maksimum kepada kira-kira 90% dan menjadikan hayat bateri lebih bertahan lama. Masa main balik yang tersedia dalam mod Penjagaan Bateri lebih pendek daripada masa yang tersedia apabila bateri terbina dalam dicas dengan kaedah pengecasan biasa. Semasa pembelian, pembesar suara bukan dalam mod Penjagaan Bateri.

  • Semasa pembesar suara dihidupkan, menekan terus butang BATTERY/BATTERY CARE di belakang penutup, di bahagian belakang pembesar suara selama kira-kira 2 saat akan menghidupkan mod Penjagaan Bateri pembesar suara dan anda akan mendengar panduan suara (Battery Care mode, ON (mod Penjagaan Bateri, DIHIDUPKAN)) daripada pembesar suara. Menekan terus butang BATTERY/BATTERY CARE sekali lagi selama kira-kira 2 saat akan mematikan mod Penjagaan Bateri pembesar suara dan anda akan mendengar panduan suara (Battery Care mode, OFF (mod Penjagaan Bateri, DIMATIKAN)) daripada pembesar suara.

  • Anda juga boleh menghidupkan/mematikan mod Penjagaan Bateri pembesar suara menggunakan “Sony | Music Center”.

  1. Sambungkan pembesar suara kepada alur keluar AC untuk mengecas pembesar suara.

    Sambungkan port DC IN 5 V kepada pembesar suara dan alur keluar AC dengan penyesuai AC yang dibekalkan.

    Pengecasan bateri bermula dan penunjuk CHARGE menyala dalam warna jingga. Pengecasan akan selesai dalam kira-kira 5 jam* dan penunjuk akan dimatikan.

    * Masa yang diperlukan untuk mengecas bateri terbina dalam yang kosong sehingga kapasiti penuhnya semasa pembesar suara dimatikan.


    Pastikan anda menutup penutup dengan kemas setelah anda mencabut penyesuai AC daripada pembesar suara selepas bateri selesai dicas.

    Penutup memainkan peranan yang sangat penting dalam penyelenggaraan prestasi kalis air dan kalis habuk.

Memeriksa sekiranya pengecasan telah selesai

Jika bateri terbina dalam dicas sepenuhnya apabila anda menyambungkan pembesar suara ke alur keluar AC, penunjuk CHARGE menyala dalam warna jingga kemudian dimatikan selepas kira-kira 1 minit.

  • Apabila menggunakan telefon pintar Android™ yang dipasang dengan Android 8.1 atau versi yang lebih terkini

    Apabila pembesar suara disambungkan dengan telefon pintar Android melalui sambungan HFP (Hands-free Profile) BLUETOOTH, ketik [Settings] - [Device connection] - [Bluetooth] pada telefon pintar. Baki kuasa bateri pembesar suara dipaparkan bersama-sama dengan nama peranti BLUETOOTH yang disambungkan. Untuk butiran lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama telefon pintar Android.

    Ambil perhatian bahawa baki kuasa bateri yang dipaparkan pada telefon pintar mungkin berbeza dengan baki kuasa bateri sebenar pembesar suara. Anggap maklumat ini sebagai rujukan.

  • Apabila menggunakan iPhone yang dipasang dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih terkini

    Apabila pembesar suara disambungkan dengan iPhone melalui sambungan HFP (Hands-free Profile) BLUETOOTH, baki kuasa bateri pembesar suara dipaparkan pada skrin widget iPhone. Untuk butiran lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama iPhone.

    Ambil perhatian bahawa baki kuasa bateri yang dipaparkan pada iPhone mungkin berbeza dengan baki kuasa bateri sebenar pembesar suara. Anggap maklumat ini sebagai rujukan.

Memeriksa aras bateri terbina dalam bagi bateri terbina dalam yang boleh dicas semula

Selepas menekan butang BATTERY di belakang penutup di bahagian belakang pembesar suara, apabila pembesar suara dihidupkan, panduan suara yang disenaraikan di bawah akan dapat didengar daripada pembesar suara, bergantung pada kuasa bateri terbina dalam yang masih berbaki.

81% - 100%: “Battery fully charged” (Bateri dicas penuh)

81% - 90% (mod Penjagaan Bateri): “Battery Care Mode, Fully Charged, Battery About 90%” (Mod Penjagaan Bateri, Cas Penuh, Bateri Lebih Kurang 90%)

61% - 80%: “Battery about 80%” (Bateri lebih kurang 80%)

41% - 60%: “Battery about 60%” (Bateri lebih kurang 60%)

21% - 40%: “Battery about 40%” (Bateri lebih kurang 40%)

1% - 20%: “Low Battery, Please Recharge Speaker” (Bateri Rendah, Sila Cas semula Pembesar suara)

Petua

  • Dengan menggunakan “Sony | Music Center”, anda boleh mengaktifkan/menyahaktifkan panduan suara yang dikaitkan dengan baki kuasa bateri yang anda dengar apabila anda menghidupkan pembesar suara.

Hayat bateri terbina dalam (apabila pembesar suara bukan dalam mod Penjagaan Bateri dan sambungan BLUETOOTH telah diwujudkan)

  • Kira-kira 25 jam

    • Tahap kelantangan: 24

    • Bunyi: MEGA BASS dihidupkan

    • Lampu: dimatikan

  • Kira-kira 15 jam (lalai)

    • Tahap kelantangan: 24

    • Bunyi: MEGA BASS dihidupkan

    • Lampu: dihidupkan

  • Kira-kira 5 jam

    • Tahap kelantangan: 50 (MAKS.)

    • Bunyi: MEGA BASS dihidupkan

    • Lampu: dimatikan

  • Kira-kira 4 jam

    • Tahap kelantangan: 50 (MAKS.)

    • Bunyi: MEGA BASS dihidupkan

    • Lampu: dihidupkan

Hayat bateri terbina dalam (selepas bateri terbina dalam dicas selama 10 minit)

Pengecasan 10 minit memberikan kira-kira 70 minit main balik muzik. (Dengan syarat bahawa tahap kelantangan ditetapkan kepada 24, kesan bunyi MEGA BASS diaktifkan, dan pencahayaan dinyahaktifkan.)


Hayat bateri terbina dalam di atas diukur menggunakan sumber muzik kami yang khusus.

Tempoh prestasi sebenar mungkin berbeza daripada tempoh yang dinyatakan kerana ia dipengaruhi oleh kelantangan, lagu yang dimainkan, suhu sekeliling, dan keadaan penggunaan.

Apabila kuasa bateri terbina dalam semakin berkurang

Apabila panduan suara menyatakan “Low Battery, Please Recharge Speaker” (Bateri Rendah, Sila Cas semula Pembesar suara) dan penunjuk CHARGE berkelip perlahan-lahan, bateri terbina dalam hampir habis dan perlu dicas. Dalam keadaan ini, pembesar suara tidak dapat membekalkan kuasa kepada peranti lain.

Apabila baki bateri berkurangan ke tahap pembesar suara tidak boleh dihidupkan, anda akan mendengar panduan suara (Please Recharge Speaker. Power Off. (Sila Cas semula Pembesar suara. Kuasa Dimatikan.)) dan pembesar suara dimatikan secara automatik. Dalam keadaan sedemikian, cas pembesar suara.

Jika penunjuk CHARGE berkelip dalam warna jingga 3 kali dan hilang apabila anda menghidupkan pembesar suara, bateri terbina dalam sudah kosong dan perlu dicas.

Menggunakan penyesuai USB AC yang tersedia secara komersial untuk pengecasan bateri

Pembesar suara menyokong penyesuai USB AC yang mampu menghantar arus keluar 3.0 A atau 1.5 A. (Menggunakan penyesuai USB AC yang mampu menghantar arus keluaran 3.0 A untuk pengecasan bateri mengurangkan masa pengecasan.)

Apabila menggunakan penyesuai USB AC yang mampu menghantar arus keluar 3.0 A, pastikan anda menggunakan kabel USB Type-C® (mematuhi standard USB) yang menyokong arus pengecasan bateri 3.0 A.

Nota

  • Apabila anda menggunakan pembesar suara pada kelantangan yang kuat, bateri terbina dalam mungkin kehabisan walaupun pembesar suara disambungkan ke alur keluar AC. Jika anda mahu menggunakan pembesar suara semasa pengecasan, turunkan kelantangan pembesar suara. Jika tidak, matikan pembesar suara dan cas bateri terbina dalam dengan secukupnya.

  • Output kuasa maksimum akan menjadi lebih rendah apabila kuasa bateri terbina semakin berkurang.

  • Sekiranya suhu sekitar adalah sangat rendah atau tinggi, pembesar suara akan berhenti mengecas bateri terpasang dalam atas sebab-sebab keselamatan. Ia juga mungkin akan berhenti mengecas sekiranya pengecasan berterusan untuk jangka masa yang lama. Jika keadaan sedemikian berlaku, naikkan atau turunkan suhu kepada suhu pengendalian antara 5 °C hingga 35 °C, putuskan sambungan dan sambungkan semula penyesuai AC yang dibekalkan, kemudian biarkan pembesar suara mengecas bateri terbina dalam sekali lagi.

  • Jangan mengecas bateri terbina dalam pembesar suara di tempat di mana air mungkin terpercik pada pembesar suara. Penyesuai AC yang dibekalkan serta jek dan port (USB/AUDIO IN) di belakang penutup tidak direka bentuk untuk kalis air atau kalis habuk.

  • Walaupun anda tidak bermaksud untuk menggunakan pembesar suara dalam jangka masa yang lama, cas bateri dengan kapasiti penuh setiap 6 bulan untuk mengekalkan prestasi bateri.

  • Apabila telefon pintar Android dikonfigurasikan untuk menggunakan A2DP (Advanced Audio Distribution Profile) sahaja bagi mewujudkan sambungan BLUETOOTH, baki kuasa bateri pembesar suara tidak dipaparkan pada peranti.