Menamatkan sambungan BLUETOOTH (Selepas digunakan)

Apabila anda selesai memainkan muzik dengan peranti BLUETOOTH laksanakan salah satu daripada operasi berikut untuk menamatkan sambungan BLUETOOTH.

Apabila sambungan BLUETOOTH diputuskan, anda akan mendengar panduan suara (BLUETOOTH disconnected (BLUETOOTH diputuskan sambungan)) daripada pembesar suara.

  • Matikan fungsi BLUETOOTH pada peranti BLUETOOTH.

    Untuk maklumat lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan dengan peranti.

  • Matikan peranti BLUETOOTH.

  • Matikan pembesar suara.

Petua

  • Apabila menggunakan fungsi Pasangan Stereo, jika anda mematikan satu pembesar suara, pembesar suara yang lain juga akan dimatikan secara automatik. Sambungan BLUETOOTH antara sistem ditamatkan.

  • Apabila anda selesai memainkan muzik, sambungan BLUETOOTH boleh ditamatkan secara automatik bergantung pada peranti BLUETOOTH.