Menggunakan fungsi bantuan suara (Siri)

Dengan menggunakan fungsi Siri yang datang bersama iPhone, anda boleh bercakap dengan mikrofon pembesar suara untuk mengendalikan iPhone.

Berikut merupakan penerangan tentang cara untuk menggunakan Siri.

  1. Hidupkan Siri.

    Pada iPhone, pilih [Settings] - [Siri & Search] dan dayakan [Listen for “Hey Siri”].

    Operasi di atas ialah contoh. Untuk butiran lanjut, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama iPhone.

    Untuk butiran lanjut tentang Siri, rujuk arahan pengendalian atau laman web sokongan iPhone.

  2. Sambungkan pembesar suara ke iPhone melalui sambungan BLUETOOTH.
  3. Apabila pembesar suara disambungkan dengan iPhone melalui sambungan BLUETOOTH dan iPhone berada dalam keadaan bersedia atau memainkan muzik, tekan dan tahan butang(main)/(telefon) untuk kira-kira 2 saat.

    Siri akan diaktifkan dan anda akan mendengar bunyi permulaan.

  4. Buat permintaan terhadap Siri melalui mikrofon pembesar suara.

    Untuk butiran lanjut tentang Siri, seperti aplikasi yang berfungsi dengan Siri, rujuk arahan pengendalian yang dibekalkan bersama iPhone.

Nota

  • Untuk peranti Apple iOS, pembesar suara serasi dengan iOS 10.0 atau versi yang lebih baharu. Sambungan BLUETOOTH tidak tersedia pada peranti dengan iOS 9.x atau versi yang lebih lama.

  • Siri tidak boleh diaktifkan apabila anda mengatakan “Hey Siri” melalui mikrofon pembesar suara walaupun semasa tetapan [Listen for “Hey Siri”] iPhone dihidupkan.